Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Hikmah kebijaksanaan itu ada 10 bahagian

Teks Bahasa Arab

الحكمةُ عشرةُ أجزاءٍ، تسعةٌ منها في العُزلةِ، وواحدٌ في الصَّمتِ.

Teks Bahasa Melayu

Hikmah kebijaksanaan itu ada 10 bahagian. Sembilan daripadanya ada dalam bersendirian. Dan satu lagi ada dalam berdiam diri.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2015, hadis no. 10118. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه –، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الحكمة عشرة أجزاء، تسعة منها في العزلة، وواحد في الصمت. [عد، البيهقي في ((الزهد الكبير))، فر، ((الضعيفة)) (3526)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Hikmah kebijaksanaan itu ada 10 bahagian. Sembilan daripadanya ada dalam bersendirian. Dan satu lagi ada dalam berdiam diri. [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam kitab al-Kamil fi al-Ḍu’afa’, al-Baihaqi dalam al-Zuhd al-Kabeer, dan al-Dailamy dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3526]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.