TEKS BAHASA ARAB
الحكمة تزيد الشريف شرفاً، وترفع المملوك حتى تجلسه مجالس الملوك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hikmah itu menambahkan lagi kemuliaan yang sebenar, dan mengangkat hamba hingga pada kedudukan raja-raja.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1265, hadis nombor 6465. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: الحكمة تزيد الشريف شرفاً، وترفع المملوك حتى تجلسه مجالس الملوك.
[ابن عبدالبر في ((جامع بيان العلم))، ((الضعيفة)) (3525)].
(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hikmah itu menambahkan lagi kemuliaan yang sebenar, dan mengangkat hamba hingga pada kedudukan raja-raja.
[Riwayat Ibn 'Abd al-Bar dalam Jami' Bayan al-'Ilm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3525]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.