Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحكمةُ تزيدَ الشريفَ شرفاً، وتَرْفَعُ المملوكَ حتى تُجْلِسَه مجالسَ الملوك.
Teks Bahasa Melayu
Hikmah itu menambahkan lagi kemuliaan yang sebenar, dan mengangkat hamba hingga pada kedudukan raja-raja.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1265, hadis no. 6465. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: الحكمة تزيد الشريف شرفاً، وترفع المملوك حتى تجلسه مجالس الملوك. [ابن عبدالبر في ((جامع بيان العلم))، ((الضعيفة)) (3525)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Hikmah itu menambahkan lagi kemuliaan yang sebenar, dan mengangkat hamba hingga pada kedudukan raja-raja. [Riwayat Ibn 'Abd al-Bar dalam Jami' Bayan al-'Ilm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3525]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman