Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Hijrah al-Battah ialah kamu tetap bersama Rasulullah. Hijrah al-badiyah pula adalah kamu pulang ke kampung kamu

Teks Bahasa Arab

أفضلُ الهجرتينِ الهجرةُ الباتَّةُ ، والهجرةُ الباتَّةُ : أن تَثْبُتَ مع رسولِ اللهِ ، وهجرةُ الباديةِ ، أن ترجعَ إلى باديتِكَ ، وعليكَ السمعُ والطاعةُ ، في عُسْرِكَ ويُسْرِكَ ، ومَكْرَهِكَ ومَنْشَطِكَ ، وأَثَرَةٍ عليكَ

Teks Bahasa Melayu

Sebaik-baik hijrah antara dua jenis hijrah adalah hijrah al-battah. hijrah al-Battah ialah kamu tetap bersama Rasulullah. Hijrah al-badiyah pula adalah kamu pulang ke kampung kamu. Kamu hendaklah dengar dan taat dalam keadaan susah, senang, terpaksa, rela, serta mengutamakan orang lain berbanding diri kalian.

Sahabat Perawi

  1. Wathilah bin Al-Asqa' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1028, hadis no. 5277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السّياق) عن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه قال: قال رسول الله: أفضل الهجرتين الهجرة الباتّة، والهجرة الباتّة: أن تثبت مع رسول الله، وهجرة البادية: أن ترجع إلى باديتك، وعليك السّمع والطّاعة، في عسرك ويسرك، ومكرهك ومنشطك، وأثرة عليك. [طب، الضعيفة (٦٩٤٨)]

(Lemah dengan konteks ini) Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA (beliau) berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik hijrah antara dua jenis hijrah adalah hijrah al-battah. hijrah al-Battah ialah kamu tetap bersama Rasulullah. Hijrah al-badiyah pula adalah kamu pulang ke kampung kamu. Kamu hendaklah dengar dan taat dalam keadaan susah, senang, terpaksa, rela, serta mengutamakan orang lain berbanding diri kalian. [Riwayat al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah (6947)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.