Hidupkanlah hati-hati kalian dengan kurang ketawa dan kurang merasa kenyang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أحيوا قلوبكم بقلة الضحك، وقلة الشبع، وطهروها بالجوع؛ تصغر وترق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hidupkanlah hati-hati kalian dengan kurang ketawa dan kurang merasa kenyang, serta sucikanlah ia dengan kelaparan, nescaya ia (hati kalian) akan mengecil dan menjadi lunak.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 383, hadis nombor 2023. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له) «أحيوا قلوبكم بقلة الضحك، وقلة الشبع، وطهروها بالجوع؛ تصغر وترق». [«الضعيفة» (242)].

(Tiada Asal Baginya) "Hidupkanlah hati-hati kalian dengan kurang ketawa dan kurang merasa kenyang, serta sucikanlah ia dengan kelaparan, nescaya ia (hati kalian) akan mengecil dan menjadi lunak". [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 242].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.