Hidupkan hati-hati kalian dari setiap masa ke setiap masa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

روحوا القلوب ساعة بساعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hidupkan hati-hati kalian dari setiap masa ke setiap masa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1623, hadis nombor 8197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((روحوا القلوب ساعة بساعة)). [الذكواني في ((اثنى عشر مجلسا))، الضياء في ((جزء من حديثه))، ((الضعيفة)) (3649)].

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Hidupkan hati-hati kalian dari setiap masa ke setiap masa.))
[Riwayat al-Zakwani dalam Ithna Ashara Majalis, al-Dhiya dalam satu bab daripada hadisnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3649].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.