TEKS BAHASA ARAB
أنف المرء منه، وإن كان أجدع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hidung seseorang adalah sebahagian daripadanya, sekalipun dia rompong.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 19, hadis nombor 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ليس له أصل بهذا اللفظ.
وفي معناه: ما جاء أنه -صلى الله عليه وسلم- قال لخالد بن الوليد، وقد صار بينه، وبين عبد الرحمن بن عوف شيء: "يا خالد! ذروا لي أصحابي، من ينكر أنف المرء، ينكر المرء. لو كان أُحد ذهبا تنفقه قيراطا قيراطا في سبيل الله، لم تدرك غدوة أو روحة من غدوات أو روحات عبد الرحمن".
Ia tidak ada asalnya dengan lafaz ini.
Ada dalam pengertiannya: Apa yang datang, bahawa Baginda SAW bersabda kepada Khalid bin al-Walid, ketika berlaku perselisihan antaranya dengan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf: "Wahai Khalid! Biarkanlah sahabat-sahabatku, orang yang mengingkari hidung seseorang, dia sebenarnya mengingkari orang tersebut. Sekiranya bukit Uhud menjadi emas yang engkau infakkan satu qirat demi satu qirat di jalan Allah, engkau tidak akan mencapai sekali pemergian waktu pagi atau waktu petang dari permergian-pemergian waktu pagi atau waktu petang ‘Abd al-Rahman".
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.