Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hidangan Allah adalah al-Qur'an

Teks Bahasa Arab

كلُّ مُؤْدِبٍ يحبُّ أن تُؤْتَى مَأْدُبَتُهُ، ومَأْدُبَةُ اللهِ القرآنُ فلا تَهْجُرُوهُ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap orang yang menyediakan makanan ingin hidangannya dinikmati, dan hidangan Allah adalah al-Qur'an, maka janganlah kamu mengabaikannya (meninggalkannya).

Sahabat Perawi

  1. Samurah bin Jundub RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1432, hadis no. 7278. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سمرة بن جندب رضي الله عنه مرفوعا: كل مؤدب يحب أن تؤتى مأدبته، ومأدبة الله القرآن، فلا تهجروه. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2058)]

(Palsu) Daripada Samurah bin Jundub RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap orang yang menyediakan makanan ingin hidangannya dinikmati, dan hidangan Allah adalah al-Qur'an, maka janganlah kamu mengabaikannya (meninggalkannya). [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2058]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.