Tiada asalnya secara marfu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تَجُوزُ الْهِبَةُ إِلَّا مَقْبُوضَةً.
Teks Bahasa Melayu
Hibah itu tidak dibolehkan kecuali ia benar-benar diserahkan (ke tangan penerima).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada asalnya secara marfu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 766, hadis no. 3909. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له مرفوعا): ((لا تجوز الهبة إلا مقبوضة)). [((الضعيفة)) (360)].
(Tiada asalnya secara marfu’) “Hibah itu tidak dibolehkan kecuali ia benar-benar diserahkan (ke tangan penerima).” [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 360]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman