Munkar Maqlub
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
زَيِّنُوا أَصْوَاتَكُمْ بِالْقُرْآنِ.
Teks Bahasa Melayu
Hiasilah suara kalian dengan (bacaan) al-Quran.
Sahabat Perawi
- Al-Barra' bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Maqlub
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1507, hadis no. 7678. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر مقلوب) عن البراء-رضي الله عنه- أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((زينوا أصواتكم بالقرآن)) [الخطابي في ((معالم السنن))، (الضعيفة)) (5326)].
(Munkar Maqlub) Daripada al-Barra’ RA, Rasulullah SAW bersabda: ((Hiasilah suara kalian dengan (bacaan) al-Quran. [Riwayat al-Khattabi fi Ma’alim al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5326].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman