Hiasilah majlis-majlis kalian bersama para isteri kalian dengan kata-kata romantik

TEKS BAHASA ARAB

زينوا مجالس نسائكم بالمغزل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hiasilah majlis-majlis kalian bersama para isteri kalian dengan kata-kata romantik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 912, hadis nombor 4665. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((زينوا مجالس نسائكم بالمغزل)).
[عد، خط، ((الضعيفة)) (19)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hiasilah majlis-majlis kalian bersama para isteri kalian dengan kata-kata romantik.
[Riwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi adh-Du’afa, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 19].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.