TEKS BAHASA ARAB
زينوا مجالسكم بالصلاة علي، فإن صلاتكم علي نور لكم يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hiasilah majlis-majlis kamu dengan berselawat kepadaku kerana selawat kepadaku merupakan cahaya untuk kamu pada hari kiamat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1464, hadis nombor 7452. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((زينوا مجالسكم بالصلاة علي، فإن صلاتكم علي نور لكم يوم القيامة)). [فر، ((الضعيفة)) (3673)]
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hiasilah majlis-majlis kamu dengan berselawat kepadaku kerana selawat kepadaku merupakan cahaya untuk kamu pada hari kiamat.
[Riwayat al-Daylamī dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3673]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.