Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
زيِّنوا مجالسَكمْ بالصلاةِ عليَّ، فإنَّ صلاتَكمْ عليَّ نورٌ لكمْ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Hiasilah majlis-majlis kamu dengan berselawat kepadaku kerana selawat kepadaku merupakan cahaya untuk kamu pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1464, hadis no. 7452. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((زينوا مجالسكم بالصلاة علي، فإن صلاتكم علي نور لكم يوم القيامة)). [فر، ((الضعيفة)) (3673)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hiasilah majlis-majlis kamu dengan berselawat kepadaku kerana selawat kepadaku merupakan cahaya untuk kamu pada hari kiamat. [Riwayat al-Daylamī dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3673]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman