Hiasilah majlis kamu dengan berselawat ke atasku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

زينوا مجالسكم بالصلاة علي، فإن صلاتكم علي نور لكم يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hiasilah majlis kamu dengan berselawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu ke atasku adalah cahaya buat kamu pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 66, hadis nombor 300. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((زينوا مجالسكم بالصلاة علي، فإن صلاتكم علي نور لكم يوم القيامة)). [فر، ((الضعيفة)) (3673)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Hiasilah majlis kamu dengan berselawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu ke atasku adalah cahaya buat kamu pada hari kiamat.))
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3673].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.