Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
زيِّنوا مجالسَكمْ بالصلاةِ عليَّ، فإنَّ صلاتَكمْ عليَّ نورٌ لكمْ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Hiasilah majlis kamu dengan berselawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu ke atasku adalah cahaya buat kamu pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 66, hadis no. 300. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((زينوا مجالسكم بالصلاة علي، فإن صلاتكم علي نور لكم يوم القيامة)). [فر، ((الضعيفة)) (3673)].
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Hiasilah majlis kamu dengan berselawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu ke atasku adalah cahaya buat kamu pada hari kiamat.)) [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3673].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman