Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
زَيِّنُوا مَوَائِدَكُمْ بالبَقْلِ فَإِنَّهُ مَطْرَدَةٌ لِلشَّيْطانِ مَعَ التَّسْمِيَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Hiasilah hidangan-hidangan kamu dengan kekacang kerana ia pengusir syaitan jika dibaca bersama bismillah.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 42, hadis no. 213. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini antara pendustaan yang jelek lagi bodoh, semoga Allah memburukkan orang yang memalsukannya.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman