Hiasilah hidangan-hidangan kalian dengan sayur-sayuran

TEKS BAHASA ARAB

زينوا موائدكم بالبقل؛ فإنه مطردة للشيطان مع التسمية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hiasilah hidangan-hidangan kalian dengan sayur-sayuran, kerana sesungguhnya ia adalah penghalau syaitan bersama bacaan basmalah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 385, hadis nombor 2042. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: «زينوا موائدكم بالبقل؛ فإنه مطردة للشيطان مع التسمية». [عبد الرحمن بن نصر الدمشقي في «الفوائد»، ابن حبان في «المتروكين»، أبو نعيم في في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (20)].

(Palsu) Daripada Abu Umamah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Hiasilah hidangan-hidangan kalian dengan sayur-sayuran, kerana sesungguhnya ia adalah penghalau syaitan bersama bacaan basmalah". [Riwayat ‘Abd al-Rahman bin Nasr al-Dimashqi dalam al-Fawaid, Ibn Hibban dalam kitab al-Matrukin dan Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 20].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs