Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ استَخْلَصَ هذا الدِّينَ لنفسِهِ فلا يَصْلُحُ لدينِكم إلا السخاءُ وحُسْنُ الخُلُقِ، ألا فَزَيِّنُوا دِينَكم بِهِما.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah menyucikan agama ini dengan diri-Nya sendiri. Tidak ada kebaikan buat agama kamu melainkan sifat pemurah dan akhlak yang baik. Maka hiasilah agama kamu dengan kedua-dua sifat pemurah dan akhlak yang baik.
Sahabat Perawi
- Imran bin Husain RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 22, hadis no. 57. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمران بن حصين - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الله استخلص هذا الدين لنفسه، فلا يصلح لدينكم إلا السخاء وحسن الخلق، ألا فزينوا دينكم بهما)). [طس، ((الضعيفة)) (1282)]
(Palsu) Daripada 'Imran bin Husain RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah menyucikan agama ini dengan diri-Nya sendiri. Tidak ada kebaikan buat agama kamu melainkan sifat pemurah dan akhlak yang baik. Maka hiasilah agama kamu dengan kedua-dua sifat pemurah dan akhlak yang baik. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1282]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman