Hendaklah yang menjadi imam kepada suatu kaum adalah orang yang paling baik bacaan al-Qurannya

TEKS BAHASA ARAB

يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله – تعالى -، فإن كانوا في القراءة سواء. فأفقههم في دين الله، فإن كانوا في الفقه سواء فأكبرهم سنا، فإن كانوا في السن سواء فأصبحهم وأحسنهم وجها، فإن كانوا في الصباحة والحسن – أحسبه قال: سواء – فأكبرهم حسبا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah yang menjadi imam kepada suatu kaum adalah orang yang paling baik bacaan al-Qurannya. Sekiranya bacaan al-Quran mereka sama, maka yang paling utama (untuk menjadi imam) adalah yang paling faqih (faham dan tahu) tentang agama Allah. Sekiranya kefaqihan mereka sama, maka yang paling berhak (untuk menjadi imam) adalah yang paling tua umurnya. Sekiranya umur mereka sama, maka yang paling berhak (untuk menjadi imam) adalah yang paling berseri dan baik paras rupanya dari kalangan mereka. Sekiranya mereka sama pada keserian dan keindahan (paras rupa) – aku merasakan bahawa dia menyebut: Maka yang utama adalah yang paling besar kedudukannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 253, hadis nombor 1312. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة وأبي هريرة – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله – تعالى -، فإن كانوا في القراءة سواء، فأفقههم في دين الله، فإن كانوا في الفقه سواء فأكبرهم سنا، فإن كانوا في السن سواء فأصبحهم وأحسنهم وجها، فإن كانوا في الصباحة والحسن – أحسبه، قال: سواء- فأكبرهم حسبا)). [الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (1990)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘A’ishah dan Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah yang menjadi imam kepada suatu kaum adalah orang yang paling baik bacaan al-Qurannya. Sekiranya bacaan al-Quran mereka sama, maka yang paling utama (untuk menjadi imam) adalah yang paling faqih (faham dan tahu) tentang agama Allah. Sekiranya kefaqihan mereka sama, maka yang paling berhak (untuk menjadi imam) adalah yang paling tua umurnya. Sekiranya umur mereka sama, maka yang paling berhak (untuk menjadi imam) adalah yang paling berseri dan baik paras rupanya dari kalangan mereka. Sekiranya mereka sama pada keserian dan keindahan (paras rupa) – aku merasakan bahawa dia menyebut: Maka yang utama adalah yang paling besar kedudukannya.
[Riwayat al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma‘ani. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1990]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.