Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يؤمُّ القَومَ أقرؤُهُم لكتابِ اللهِ - تعالى -، فإن كانوا في القِراءةِ سواءً . فأفقهُهُم في دينِ اللهِ ، فإن كانوا في الفِقهِ سواءً فأكبَرُهُم سِنًّا ، فإن كانوا في السِّنِّ سواءً فأصبَحُهم و أحسَنهُم وجهًا ، فإن كانوا في الصَّباحَةِ و الحُسنِ أحسبَهُ قال : سواءً فأكبَرُهُم حسَبًا.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah yang menjadi imam kepada suatu kaum adalah orang yang paling baik bacaan al-Qurannya. Sekiranya bacaan al-Quran mereka sama, maka yang paling utama (untuk menjadi imam) adalah yang paling faqih (faham dan tahu) tentang agama Allah. Sekiranya kefaqihan mereka sama, maka yang paling berhak (untuk menjadi imam) adalah yang paling tua umurnya. Sekiranya umur mereka sama, maka yang paling berhak (untuk menjadi imam) adalah yang paling berseri dan baik paras rupanya dari kalangan mereka. Sekiranya mereka sama pada keserian dan keindahan (paras rupa) - aku merasakan bahawa dia menyebut: Maka yang utama adalah yang paling besar kedudukannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 253, hadis no. 1312. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة وأبي هريرة - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله - تعالى -، فإن كانوا في القراءة سواء، فأفقههم في دين الله، فإن كانوا في الفقه سواء فأكبرهم سنا، فإن كانوا في السن سواء فأصبحهم وأحسنهم وجها، فإن كانوا في الصباحة والحسن - أحسبه، قال: سواء- فأكبرهم حسبا)). [الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (1990)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘A’ishah dan Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah yang menjadi imam kepada suatu kaum adalah orang yang paling baik bacaan al-Qurannya. Sekiranya bacaan al-Quran mereka sama, maka yang paling utama (untuk menjadi imam) adalah yang paling faqih (faham dan tahu) tentang agama Allah. Sekiranya kefaqihan mereka sama, maka yang paling berhak (untuk menjadi imam) adalah yang paling tua umurnya. Sekiranya umur mereka sama, maka yang paling berhak (untuk menjadi imam) adalah yang paling berseri dan baik paras rupanya dari kalangan mereka. Sekiranya mereka sama pada keserian dan keindahan (paras rupa) - aku merasakan bahawa dia menyebut: Maka yang utama adalah yang paling besar kedudukannya. [Riwayat al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma‘ani. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1990]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman