Hendaklah yang mengimami kalian itu orang yang paling segak wajahnya

TEKS BAHASA ARAB

ليؤمكم أحسنكم وجها؛ فإنه أحرى أن يكون أحسنكم خلقا، وقوا بأموالكم عن أعراضكم، وليصانع أحدكم بلسانه عن دينه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah yang mengimami kalian itu orang yang paling segak wajahnya, kerana sesungguhnya dia itu lebih sesuai sebagai orang yang paling bagus akhlaknya dalam kalangan kalian. Lindungilah juga maruah kalian dengan harta-harta kalian dan setiap kalian hendaklah mengampu agamanya dengan lidahnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 353, hadis nombor 1872. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعاً: «ليؤمكم أحسنكم وجها، فإنه أحرى أن يكون أحسنكم خلقا، وقوا بأموالكم عن أعراضكم، وليصانع أحدكم بلسانه عن دينهلِيَؤُمَّكم أحسنُكم وجهًا؛ فإنه أَحْرَى أن يكونَ أحسنَكم خُلُقًا، وَقُوا بأموالِكم عن أعراضِكم، ولْيُصانِعْ أحدُكم بلسانِه عن دينِه». [عد، ابن عساكر، «الضعيفة» (608)].

(Palsu) Daripada ‘Aishah RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Hendaklah yang mengimami kalian itu orang yang paling segak wajahnya, kerana sesungguhnya dia itu lebih sesuai sebagai orang yang paling bagus akhlaknya dalam kalangan kalian. Lindungilah juga maruah kalian dengan harta-harta kalian dan setiap kalian hendaklah mengampu agamanya dengan lidahnya". [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 608].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs