TEKS BAHASA ARAB
ليصل الرجل في المسجد الذي يليه ولا يتبع المساجد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hendaklah seseorang lelaki itu solat di masjid yang berhampirannya dan janganlah dia berpindah-pindah ke masjid-masjid lain.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 69, hadis nombor 387. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat ‘Isa bin Maimun, beliau meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi-perawi thiqah (dipercayai). Ini termasuk rekaan berkenaan masalah-masalah fiqh dan menjadikannya sebagai hadith yang marfu’ [disandarkan] kepada Nabi SAW.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.