Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah seseorang lelaki itu solat di masjid

Teks Bahasa Arab

لِيُصَلِّ الرَّجُلُ فِي المَسْجِدِ الَّذِي يَلِيهِ وَلاَ يَتْبَعُ المَسَاجِدَ.

Teks Bahasa Melayu

Hendaklah seseorang lelaki itu solat di masjid yang berhampirannya dan janganlah dia berpindah-pindah ke masjid-masjid lain.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 69, hadis no. 387. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat 'Isa bin Maimun, beliau meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi-perawi thiqah (dipercayai). Ini termasuk rekaan berkenaan masalah-masalah fiqh dan menjadikannya sebagai hadith yang marfu' [disandarkan] kepada Nabi SAW.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.