Hendaklah seseorang itu memiliki tempat yang khusus untuk menyendiri, mengingati dosa dan kemudian memohon ampun kepada Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حقيق بالمرء أن يكون له مجالس يخلو فيها، ويذكر ذنوبه؛ فيستغفر الله منها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah seseorang itu memiliki tempat yang khusus yang digunakan untuk menyendiri, mengingati dosa dan kemudian memohon ampun kepada Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1529, hadis nombor 7770. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن مسروق، قال: كفى بالمرء علما أن يخشى الله، وكفى بالمرء جهلا أن يعجب بنفسه. وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((حقيق بالمرء أن يكون له مجالس يخلو فيها، ويذكر ذنوبه؛ فيستغفر الله منها)). [الخطابي في ((غريب الحديث))، فر، ((الضعيفة)) (5823)].

(Palsu)
Daripada Masruq beliau berkata: “Cukuplah bagi seseorang itu dianggap berilmu apabila dia takutkan Alllah dan cukuplah bagi seseorang itu dikira sebagai jahil apabila dia berbangga dengan dirinya. Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah seseorang itu memiliki tempat yang khusus yang digunakan untuk menyendiri, mengingati dosa dan kemudian memohon ampun kepada Allah.”
[Riwayat al-Khattabi dalam Gharib al-Hadis, al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5823]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.