Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah seorang lelaki itu apabila dia keluar bertemu para sahabatnya, mempersiapkan janggut serta (rambut) kepalanya

Teks Bahasa Arab

ينبغي للرجلِ - إذا خرجَ إلى أصحابِه - أن يُهيِّئ من لحيتِه ورأسِه؛ فإن اللهَ جميلٌ يحبُ الجمالَ.

Teks Bahasa Melayu

Hendaklah seorang lelaki itu apabila dia keluar bertemu para sahabatnya, mempersiapkan janggut serta (rambut) kepalanya. Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan suka akan keindahan.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 240, hadis no. 1259. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: «ينبغي للرجل - إذا خرج إلى أصحابه - أن يهيئ من لحيته ورأسه؛ فإن الله جميل يحب الجمال». [عد، ابن الجوزي في «العلل المتناهية»، «الضعيفة» (6291)].

(Terlalu Daif) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: "Hendaklah seorang lelaki itu apabila dia keluar bertemu para sahabatnya, mempersiapkan janggut serta (rambut) kepalanya. Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan suka akan keindahan". [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’ dan Ibn al-Jawzi dalam al-’Ilal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6291].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.