Hendaklah salah seorang kamu meletakkan sutrah

TEKS BAHASA ARAB

ليستتر أحدكم في الصلاة بالخط بين يديه، وبالحجر، وبما وجد من شيء، مع أن المؤمن لا يقطع صلاته شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah salah seorang kamu meletakkan sutrah (penghalang dihadapan tempat sujud) di dalam solat dengan garisan di hadapannya, atau dengan batu, atau dengan apa sahaja yang dia temui. Solat seseorang mukmin itu tidak akan terputus (terganggu) dengan apa sekalipun.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 251, hadis nombor 1305. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ليستتر أحدكم في الصلاة بالخط بين يديه، وبالحجر، وبها وجد من شيء، مع أن المؤمن لا يقطع صلاته شي)). [ابن عسـاكر، ((الضعيفة)) (1896)]

(Munkar)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah salah seorang kamu meletakkan sutrah (penghalang dihadapan tempat sujud) di dalam solat dengan garisan di hadapannya, atau dengan batu, atau dengan apa sahaja yang dia temui. Solat seseorang mukmin itu tidak akan terputus (terganggu) dengan apa sekalipun.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1896]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs