Hendaklah salah seorang di antara kamu mengambil semula setiap sesuatu, sehinggakan tali selipar yang telah putus

TEKS BAHASA ARAB

عن أبي هريرة رضي الله عنه -، قال رسول الله صلي الله غليه وسلم: ( ليسترجع أحدكم في كل شيء، حتى في شسع نعله إذا انقطع، فإنه من المصائب).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah salah seorang di antara kamu mengambil semula setiap sesuatu, sehinggakan tali selipar yang telah putus. Ini kerana, ianya adalah musibah.”

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1538, hadis nombor 7808. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن أبي هريرة رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ليسترجع أحدكم في كل شيء، حتى في شسع نعله إذا انقطع، فإنه من المصائب)).
[مسدد بن مسرهد في مسنده، ابن السني، ابن حبان، البزار، ((الضعيفة)) (5595].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah salah seorang di antara kamu mengambil semula setiap sesuatu, sehinggakan tali selipar yang telah putus. Ini kerana, ianya adalah musibah.”
[Riwayat Musaddad di dalam Musnadnya, Ibn Al-Sunni, Ibn Hibban di dalam al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5595].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs