Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah salah seorang di antara kamu mengambil semula setiap sesuatu, sehinggakan tali selipar yang telah putus

Teks Bahasa Arab

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ -، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لِيَسْتَرْجِعَ أَحَدُكُمْ فِي كُلِّ شَيْءٍ، حَتَّى فِي شِسْعِ نَعْلِهِ إِذَا انْقَطَعَ، فَإِنَّهُ مِنَ الْمَصَائِبِ).

Teks Bahasa Melayu

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah salah seorang di antara kamu mengambil semula setiap sesuatu, sehinggakan tali selipar yang telah putus. Ini kerana, ianya adalah musibah.”

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1538, hadis no. 7808. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أبي هريرة رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ليسترجع أحدكم في كل شيء، حتى في شسع نعله إذا انقطع، فإنه من المصائب)). [مسدد بن مسرهد في مسنده، ابن السني، ابن حبان، البزار، ((الضعيفة)) (5595].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah salah seorang di antara kamu mengambil semula setiap sesuatu, sehinggakan tali selipar yang telah putus. Ini kerana, ianya adalah musibah.” [Riwayat Musaddad di dalam Musnadnya, Ibn Al-Sunni, Ibn Hibban di dalam al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5595].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.