Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah salah seorang daripada kamu berasa takut

Teks Bahasa Arab

لِيخشَ أحدُكم أن يؤخذَ عندَ أدنى ذنوبِهِ في نفسهِ.

Teks Bahasa Melayu

Hendaklah salah seorang daripada kamu berasa takut untuk diambil tindakan (azab) walaupun terhadap dosa-dosanya yang paling kecil pada dirinya.

Sahabat Perawi

  1. Muhammad bin al-Nadhr al-Harithi

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2026, hadis no. 10191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن النضر الحارثي، قال: قال رسول الله ﷺ: ليخش أحدكم أن يؤخذ عند أدنى ذنوبه في نفسه. [حل، ((الضعيفة)) (4370)]

(Lemah) Daripada Muhammad bin al-Nadhr al-Harithi, berkata: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah salah seorang daripada kamu berasa takut untuk diambil tindakan (azab) walaupun terhadap dosa-dosanya yang paling kecil pada dirinya. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4370]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.