Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لِيَقُمِ الْأَعْرَابُ خَلْفَ المُهَاجِرِينَ وَالأَنْصَارِ؛ لِيَقْتَدُوا بِهِمْ فِي الصَّلَاةِ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah orang-orang Badwi berdiri di belakang orang-orang al-Muhajirin dan al-Ansar untuk mengikuti mereka dalam solat.
Sahabat Perawi
- Samurah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 326, hadis no. 1718. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سمرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - ﷺ -: ((ليقم الأعراب خلف المهاجرين والأنصار؛ ليقتدوا بهم في الصلاة)). [طب، ((الضعيفة)) (5945)].
(Daif) Daripada Samurah RA, dia telah berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Hendaklah orang-orang Badwi berdiri di belakang orang-orang al-Muhajirin dan al-Ansar untuk mengikuti mereka dalam solat.” [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5945].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman