Hendaklah memberi salam sebelum memasuki rumah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا أتى أحدكم باب حجرته فليسلم، فإنه يرجع قرينه الذي معه من الشيطان، فإذا دخلتم حجركم فسلموا يخرج ساكنها من الشياطين، فإذا رحلتم فسموا على أول حلس تضعونه على دوابكم لا يشرككم في مركبها، فإن أنتم لم تفعلوا شرككم، وإذا أكلتم فسموا حتى لا يشرككم في طعامكم، فإنكم إن لم تفعلوا شرككم في طعامكم، ولا تبيتوا القمامة معكم في حجركم فإنها مقعده، ولا تبيتوا معكم المنديل (هو الذي تتمسح به المرأة والرجل، كما في الهامش) في بيوتكم فإنها مضجعه، ولا تفترشوا الولايا التي تلي ظهور الدواب، ولا تسكنوا بيوتا غير مغلقة، ولا تبيتوا على سطوح غير محوطة، وإذا سمعتم نباح الكلاب أونهيق الحمار فاستعيذوا بالله، فإنه لا ينهق حمار ولا ينبح كلب حتى يراه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang kamu sampai ke pintu rumahnya, hendaklah dia memberi salam. Ini kerana, ia akan menyebabkan qarin (pendampingnya) daripada kalangan syaitan yang bersama dengannya itu pergi menjauh daripadanya. Sekiranya kamu masuk ke dalam rumah kamu, hendaklah kamu memberi salam kerana penghuninya daripada kalangan syaitan akan keluar. Sekiranya kamu pergi bermusafir, hendaklah kamu membaca tasmiah (menyebut nama Allah) pada bahagian pertama yang kamu letakkan pada haiwan kamu, nescaya ia (syaitan) tidak akan menyertai kamu pada tunggangan tersebut. Kerana sekiranya kamu tidak melakukannya, mereka akan menyertai kamu pada tungganganmu. Sekiranya kamu makan, hendaklah kamu membaca tasmiah sehingga ia (syaitan) tidak dapat menyertai kamu pada makanan kamu. Kerana sekiranya kamu tidak melakukannya, mereka akan menyertai kamu pada makanan kamu. Janganlah kamu membiarkan sampah-sampah bersama kamu di dalam rumah kamu kerana ia merupakan tempat duduk syaitan. Janganlah kamu membiarkan kain sapuan (iaitu kain sapu yang digunakan oleh perempuan dan lelaki) di dalam rumah kamu, kerana ia merupakan tempat pembaringan syaitan. Janganlah kamu menjadikan katil kamu dengan kain yang terdapat di belakang haiwan tunggangan. Janganlah kamu tinggal di dalam rumah yang tidak berkunci. Janganlah kamu tidur di atas permukaan yang tidak ada penghadang. Sekiranya kamu mendengar salakan anjing atau teriakan keldai, hendaklah kamu memohon perlindungan dengan Allah. Ini kerana keldai tidak berteriak dan anjing tidak menyalak melainkan kerana mereka melihat syaitan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 185, hadis nombor 1841. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا أتى أحدكم باب حجرته فليسلم، فإنه يرجع قرينه الذي معه من الشيطان، فإذا دخلتم حجركم فسلموا يخرج ساكنها من الشياطين، فإذا رحلتم فسموا على أول حلس تضعونه على دوابكم لا يشرككم في مركبها، فإن أنتم لم تفعلوا شرككم، وإذا أكلتم فسموا حتى لا يشرككم في طعامكم، فإنكم إن لم تفعلوا شرككم في طعامكم، ولا تبيتوا القمامة معكم في حجركم فإنها مقعده، ولا تبيتوا معكم المنديل (هو الذي تتمسح به المرأة والرجل، كما في الهامش) في بيوتكم فإنها مضجعه، ولا تفترشوا الولايا التي تلي ظهور الدواب، ولا تسكنوا بيوتا غير مغلقة، ولا تبيتوا على سطوح غير محوطة، وإذا سمعتم نباح الكلاب أونهيق الحمار فاستعيذوا بالله، فإنه لا ينهق حمار ولا ينبح كلب حتى يراه)). [عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (1841)]

(Sangat Lemah)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang kamu sampai ke pintu rumahnya, hendaklah dia memberi salam. Ini kerana, ia akan menyebabkan qarin (pendampingnya) daripada kalangan syaitan yang bersama dengannya itu pergi menjauh daripadanya. Sekiranya kamu masuk ke dalam rumah kamu, hendaklah kamu memberi salam kerana penghuninya daripada kalangan syaitan akan keluar. Sekiranya kamu pergi bermusafir, hendaklah kamu membaca tasmiah (menyebut nama Allah) pada bahagian pertama yang kamu letakkan pada haiwan kamu, nescaya ia (syaitan) tidak akan menyertai kamu pada tunggangan tersebut. Kerana sekiranya kamu tidak melakukannya, mereka akan menyertai kamu pada tungganganmu. Sekiranya kamu makan, hendaklah kamu membaca tasmiah sehingga ia (syaitan) tidak dapat menyertai kamu pada makanan kamu. Kerana sekiranya kamu tidak melakukannya, mereka akan menyertai kamu pada makanan kamu. Janganlah kamu membiarkan sampah-sampah bersama kamu di dalam rumah kamu kerana ia merupakan tempat duduk syaitan. Janganlah kamu membiarkan kain sapuan (iaitu kain sapu yang digunakan oleh perempuan dan lelaki) di dalam rumah kamu, kerana ia merupakan tempat pembaringan syaitan. Janganlah kamu menjadikan katil kamu dengan kain yang terdapat di belakang haiwan tunggangan. Janganlah kamu tinggal di dalam rumah yang tidak berkunci. Janganlah kamu tidur di atas permukaan yang tidak ada penghadang. Sekiranya kamu mendengar salakan anjing atau teriakan keldai, hendaklah kamu memohon perlindungan dengan Allah. Ini kerana keldai tidak berteriak dan anjing tidak menyalak melainkan kerana mereka melihat syaitan.
[Riwayat ‘Abd bin Humayd. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1841]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.