Hendaklah melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua.

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يحل ‌لثلاثة نفر يكونون بأرض فلاة إلا أمروا عليهم أحدهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak boleh bagi tiga kumpulan manusia berada di padang sahara yang luas kecuali hendaklah melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 980, hadis nombor 5049. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((لا يحل ‌لثلاثة نفر يكونون بأرض فلاة إلا أمروا عليهم أحدهم)). [حم، ((الضعيفة)) (589)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak boleh bagi tiga kumpulan manusia berada di padang sahara yang luas kecuali hendaklah melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua. [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 589]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.