Hendaklah kamu tenang ketika membawa jenazah kamu

TEKS BAHASA ARAB

لتكن عليكم السكينة. (وفي رواية): عليكم بالقصد في المشي بجنائزكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

((Bertenanglah.)) Dalam riwayat lain: ((Hendaklah kamu tenang ketika membawa jenazah kamu.))

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1740, hadis nombor 8759. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن أبي موسى: أن النبي – صلى الله عليه وسلم – مر عليه بجنازة يسرعون بها المشي، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: (لتكن عليكم السكينة. (وفي رواية:) عليكم بالقصد في المشي بجنائزكم)

(Lemah)
Daripada Abi Musa RA berkata: “Baginda berselisih dengan orang-orang membawa jenazah dengan tergesa-gesa, lalu Baginda bersabda: ((Bertenanglah.)) Dalam riwayat lain: ((Hendaklah kamu tenang ketika membawa jenazah kamu.))
[Riwayat al-Toyalisi, Ibn Majah dalam Sunannya dan Ahmad dalam Musnadnya].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs