Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah kamu tenang ketika membawa jenazah kamu

Teks Bahasa Arab

لِتكُنْ عليكمُ السكينةُ . (وفي رواية:) عليكمْ بالقصدِ في المشيِ بجنائِزِكُمْ.

Teks Bahasa Melayu

((Bertenanglah.)) Dalam riwayat lain: ((Hendaklah kamu tenang ketika membawa jenazah kamu.))

Sahabat Perawi

  1. Abu Musa

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1740, hadis no. 8759. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي موسى -رضي الله عنه- قال: إن النبي - صلى الله عليه وسلم - مر عليه بجنازة يسرعون بها المشي، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: (لتكن عليكم السكينة. (وفي رواية:) عليكم بالقصد في المشي بجنائزكم). [الطيالسي، هـ، حم، ((الضعيفة)) (3896)],

(Lemah) Daripada Abu Musa RA, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW, dibawa melintasi Baginda dengan satu jenazah, mereka tergesa-gesa membawanya berjalan, maka Baginda SAW bersabda: Hendaklah kalian bertenang. Dalam satu riwayat: Wajib ke atas kalian, tenang ketika membawa jenazah kalian”. [Riwayat al-Tayalisi, Ibn Majah, dan Ahmad. Rujuk al-Silsilah al-Da'ifah, no. 3896].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.