Hendaklah kamu teliti terhadap apa yang dicita-citakan

TEKS BAHASA ARAB

لينظرن أحدكم ما الذي يتمنى؛ فإنه لا يدري ما يكتب له من أمنيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah setiap daripada kamu teliti terhadap apa yang dicita-citakan. Ini kerana dia tidak tahu akan takdir yang ditetapkan untuknya berdasarkan cita-cita tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 81, hadis nombor 399. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سلمة، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لينظرن أحدكم ما الذي يتمنى؛ فإنه لا يدري ما يكتب له من أمنيته)). [ت، ((الضعيفة)) (4405)].

(Lemah)
Daripada Abu Salamah berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Hendaklah setiap daripada kamu teliti terhadap apa yang dicita-citakan. Ini kerana dia tidak tahu akan takdir yang ditetapkan untuknya berdasarkan cita-cita tersebut.))
[Riwayat al-Tirmiẓi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4405].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.