TEKS BAHASA ARAB
تواضعوا، وجالسوا المساكين، تكونوا من كبراء الله، وتخرجوا من الكبر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hendaklah kamu bersikap tawaduk dan duduklah bersama dengan orang yang miskin, nescaya kamu akan menjadi golongan yang mulia di sisi Allah SWT dan kamu akan keluar daripada sifat sombong.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 54, hadis nombor 231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((تواضعوا، وجالسوا المساكين، تكونوا من كبراء الله، وتخرجوا من الكبر)). [حل، ((الضعيفة))(3419)].
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Hendaklah kamu bersikap tawaduk dan duduklah bersama dengan orang yang miskin, nescaya kamu akan menjadi golongan yang mulia di sisi Allah SWT dan kamu akan keluar daripada sifat sombong.))
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3419].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.