Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang

TEKS BAHASA ARAB

تهادوا تحابوا، وهاجروا تورثوا أولادكم مجداً، وأقيلوا الكرام عثراتهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang. Berhijrahlah kamu nescaya kamu akan mewariskan kepada anak-anak kamu kemuliaan. Dan bantulah orang-orang yang mulia daripada kegelinciran mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 54, hadis nombor 228. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((تهادوا تحابوا، وهاجروا تورثوا أولادكم مجداً، وأقيلوا الكرام عثراتهم)). [طس، أبو الشيخ في ((الأمثال))، ابن عساكر، القضاعي، ((الضعيفة)) (3421)].

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ā’ishah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang. Berhijrahlah kamu nescaya kamu akan mewariskan kepada anak-anak kamu kemuliaan. Dan bantulah orang-orang yang mulia daripada kegelinciran mereka.))
[Riwayat Abū al-Shaykh dalam al-Amthal, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, dan Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3421].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.