Hendaklah kamu saling berjabat tangan kerana berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan

TEKS BAHASA ARAB

تصافحوا فإن المصافحة تذهب بالشحناء، وتهادوا فإن الهدية تذهب بالغل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu saling berjabat tangan kerana berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan. Serta hendaklah kamu saling memberi hadiah kerana memberi hadiah akan menghilangkan perasaan benci.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 189, hadis nombor 970. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((تصافحوا فإن المصافحة تذهب بالشحناء، وتهادوا فإن الهدية تذهب بالغل)).
[عق، عد، ابن عساكر، عبد العزيز الكتاني في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (‌‌1766)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kamu saling berjabat tangan kerana berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan. Serta hendaklah kamu saling memberi hadiah kerana memberi hadiah akan menghilangkan perasaan benci.
[Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, Ibn ‘Asakir dan ‘Abd al-’Aziz al-Kattani dalam Hadith beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1766]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.