Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تصافَحُوا فإن المصافحةَ تَذْهَبُ بالشَّحناءِ، وتَهَادَوْا فإن الهديةَ تَذْهَبُ بالغِلِّ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu saling berjabat tangan kerana berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan. Serta hendaklah kamu saling memberi hadiah kerana memberi hadiah akan menghilangkan perasaan benci.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 189, hadis no. 970. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((تصافحوا فإن المصافحة تذهب بالشحناء، وتهادوا فإن الهدية تذهب بالغل)). [عق، عد، ابن عساكر، عبد العزيز الكتاني في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (1766)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kamu saling berjabat tangan kerana berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan. Serta hendaklah kamu saling memberi hadiah kerana memberi hadiah akan menghilangkan perasaan benci. [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, Ibn ‘Asakir dan ‘Abd al-’Aziz al-Kattani dalam Hadith beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1766]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman