Hendaklah kamu perbaiki taharah kamu

TEKS BAHASA ARAB

معاشر الناس إذا صليتم خلف أئمتكم، فأحسنوا طهوركم، فإنما يرتج على القارىء قراءته بسوء طهر المصلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai orang ramai, apabila kamu mendirikan solat di belakang imam-imam kamu, hendaklah kamu perbaiki taharah kamu. Sesungguhnya yang mengganggu bacaan seseorang yang sedang membaca al-Quran adalah disebabkan buruknya taharah mereka yang solat di belakangnya.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 248, hadis nombor 1289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(كذب) عن حذيقة – رضي الله عنه -، قال: صلى بنا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ذات يوم صلاة الصبح فقرأ بنا فيها بسورة الروم فأرتج عليه قراءته ارتجاجا شديدا، فلما قضى صلاته، أقبل بوجهه الكريم على الله – عز وجل – ثم علينا، فقال: ((معاشر الناس إذا صليتم خلف أئمتكم، فأحسنوا طهوركم، فإنها يرتج على القارىء قراءته لسوء طهر المصلي)). [السلفي في ((الطيوريات))، ((الضعيفة)) (1625، 2629)]

(Dusta)
Daripada Huzaifah RA beliau berkata: Rasulullah SAW mengimamkan solat subuh kepada kami pada suatu hari, lalu baginda membaca di dalamnya surah al-Rum. Kemudian baginda terganggu dengan gangguan yang kuat. Sebaik sahaja baginda selesai solat, baginda menghadapkan wajahnya yang mulia kepada Allah Azza wa Jalla, kemudian kepada kami. Lalu baginda berkata: Wahai orang ramai, apabila kamu mendirikan solat di belakang imam-imam kamu, hendaklah kamu perbaiki taharah kamu. Sesungguhnya yang mengganggu bacaan seseorang yang sedang membaca al-Quran adalah disebabkan buruknya taharah mereka yang solat di belakangnya.
[Riwayat al-Silafi dalam al-Thuyuriyyat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1625, 2629]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs