Hendaklah kamu minum air kencing unta padang pasir dan susunya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عليكم بأبوال الإبل البرية وألبانها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu minum air kencing dan susu unta padang pasir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1723, hadis nombor 8664. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن صهيب الخير-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((عليكم بأبوال الإبل البرية وألبانها.)) [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (1407)].

(Lemah)
Daripada Suhaib al-Khair RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Hendaklah kamu minum air kencing dan susu unta padang pasir.))
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1407].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.