Hendaklah kamu mengucapkan salam sebelum memulakan ucapan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

السلام قبل الكلام، ولا تدعوا أحدا إلى الطعام حتى يسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Hendaklah kamu mengucapkan) salam sebelum memulakan ucapan. Dan janganlah kamu mengajak seseorang untuk memakan makanan sehinggalah dia memberi salam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 190, hadis nombor 978. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((السلام قبل الكلام، ولا تدعوا أحدا إلى الطعام حتى يسلم)).
[ت، ع، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (‌‌1736)]

(Palsu)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: (Hendaklah kamu mengucapkan) salam sebelum memulakan ucapan. Dan janganlah kamu mengajak seseorang untuk memakan makanan sehinggalah dia memberi salam.
[Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, Abu Ya'la dalam Musnadnya dan Abu Nu’aym dalam Akbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1736]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.