Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكُم بالسِّواكِ، فنِعمَ الشَّيءُ السِّواكُ، يَذهبُ بالحُفَرِ، وينزِعُ البَلغمَ، ويَجلو البَصرَ، ويشدُّ اللِّثَّةَ، ويَذهبُ بالبَخرِ، ويُصلِحُ المعِدَةَ، ويزيدُ في درجاتِ الجنَّةِ، وتحمِّدُه الملائِكَةَ، ويُرضي الرَّبَّ، ويُسخِطُ الشَّيطانَ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu menggunakan sugi kerana sebaik-baik perkara adalah sugi, ia boleh menghilangkan lubang (pada gigi), membuang kahak, menjelaskan pandangan mata, menguatkan gusi, menghilangkan bau, memperelokkan perut, menambahkan kedudukan di syurga, malaikat memujinya, disukai oleh Rab dan dibenci oleh syaitan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1205, hadis no. 6125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعاً: عليكم بالسواك، فنعم الشيء السواك، يذهب بالحفر، وينزع البلغم، ويجلو البصر، ويشد اللثة، ويذهب بالبخر، ويصلح المعدة، ويزيد في درجات الجنة، وتحمده الملائكة، ويرضي الرب، ويسخط الشيطان. [الخولاني في ((تاريخ داريا))، ((الضعيفة)) (3852)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu': Hendaklah kamu menggunakan sugi kerana sebaik-baik perkara adalah sugi, ia boleh menghilangkan lubang (pada gigi), membuang kahak, menjelaskan pandangan mata, menguatkan gusi, menghilangkan bau, memperelokkan perut, menambahkan kedudukan di syurga, malaikat memujinya, disukai oleh Rab dan dibenci oleh syaitan. [Riwayat al-Khawlani dalam Tarikh Dariya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3852]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman