Hendaklah kamu mengerjakan solat (sunat) Dhuha sebanyak dua rakaat kerana pada keduanya itu ada al-Raghaib (pertolongan)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عليكم بركعتي الضحى؛ فإن فيهما الرغائب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu mengerjakan solat (sunat) Dhuha sebanyak dua rakaat kerana pada keduanya itu ada al-Raghaib (pertolongan).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 286, hadis nombor 1499. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عليكم بركعتي الضحى؛ فإن فيهما الرغائب)).
[خط، ((الضعيفة)) (3910)]

(Sangat lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kamu mengerjakan solat (sunat) Dhuha sebanyak dua rakaat kerana pada keduanya itu ada al-Raghaib (pertolongan).
[Riwayat Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3910]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.