Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكم برَكْعَتَيِ الفجرِ؛ فإن فيهما الرَّغائِبَ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu mengerjakan dua rakaat solat (sunat qabliyyah) Subuh, kerana padanya terdapat al-Raghaib (pertolongan).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 287, hadis no. 1500. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((عليكم بركعتي الفجر؛ فإن فيهما الرغائب)). [الحارث، ((الضعيفة)) (3911)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kamu mengerjakan dua rakaat solat (sunat qabliyyah) Subuh, kerana padanya terdapat al-Raghaib (pertolongan). [Riwayat al-Harith. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3911]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman