Hendaklah kamu menetap di Syam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالشام؛ فإنه صفوة بلاد الله يسكنها خيرته من خلقه فمن أبى فليلحق بيمنه ولبسق من غدره فإن الله عز وجل تكفل لي بالشام وأهله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu menetap di Syam, kerana ia merupakan negeri pilihan Allah yang akan didiami oleh sebaik-baik makhlukNya. Sesiapa yang tidak mahu, maka hendaklah dia pergi ke Yaman dan hendaklah dia minum daripada telaga-telaga Syam, kerana Allah ‘azza wa jalla telah memberikan jaminan kepadaku terhadap Syam dan penduduknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 54, hadis nombor 295. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Para penyokong Mu’awiyah telah mereka-reka hadith itu dengan arahan beliau supaya orang ramai berkumpul bersamanya untuk memerangi pemimpin yang benar.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.