Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
استَعينوا على الرِّزقِ بالصَّدَقةِ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu memperbanyak rezeki dengan sedekah.
Sahabat Perawi
- Bakr bin Abdullah al-Muzani
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 872, hadis no. 4467. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بكر بن عبد الله المزني عن أبيه مرفوعا: ((استعينوا على الرزق بالصدقة)). [فر، ((الضعيفة)) (2754)].
(Lemah) Daripada Bakr bin Abdullah al-Muzani daripada ayahnya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Hendaklah kamu memperbanyak rezeki dengan sedekah.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2754].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman