Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah kamu memberi tamar kepada isteri-isteri kamu ketika mereka dalam keadaan nifas

Teks Bahasa Arab

حديث: أطعموا نساءكم في نفاسهن التمر فإنه كان طعام مريم حين ولدت عيسى ولو علم الله طعاما كان خيرا لها من التمر لأطعمها إياه.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Hendaklah kamu memberi tamar kepada isteri-isteri kamu ketika mereka dalam keadaan nifas kerana sesungguhnya ia adalah makanan Maryam ketika beliau melahirkan Isa. Jika Allah mengetahui makanan yang lebih baik daripada tamar maka sudah pasti Allah akan memberinya makan dengan makanan tersebut.

Sahabat Perawi

  1. Muslim bin Qais RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 181, hadis no. 64. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن مسلم بن قيس مرفوعا وفي إسناده: سليمان النخعي وداود بن سليمان كذابان.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Muslim bin Qais secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat Sulaiman an-Nakhaie dan Daud bin Sulaiman, kedua-duanya merupakan perawi pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.