Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكم بغَسلِ الدُّبُرِ، فإنه يَذهبُ بالباسُورِ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu membasuh dubur kerana ia boleh menghilangkan buasir.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1192, hadis no. 6040. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما، مرفوع: عليكم بغسل الدبر؛ فإنه يذهب بالباسور. [ابن حبان في ((المجروحين))، عد، أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (798)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu': Hendaklah kamu membasuh dubur kerana ia boleh menghilangkan buasir. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Majruhin, Ibn ‘Adiy, dan Abu Nu'aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 798]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman