Hendaklah kamu memakan kacang dal, kerana sesungguhnya ia membawa keberkatan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: عليكم بالعدس فإنه مبارك فإنه يرق له القلب ويكثر الدمعة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Hendaklah kamu memakan kacang dal, kerana sesungguhnya ia membawa keberkatan, melembutkan hati dan memperbanyakkan tangisan (mengeluarkan air mata).


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 161, hadis nombor 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


وفي لفظ: قدس العدس على لسان سبعين نبيا.
هو موضع.

Dalam lafaz lain, disucikan kacang dal menurut lisan 70 orang nabi.
Hadith ini palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon